Tuesday 27 September 2016

Apakah Chia Seed?

Chia... Apakah?  

Sini situ sana sini orang sibuk tentang Chia Seed. Apakah dianya? Kenapa tak pernah dengar sebelum ini?

Chia adalah sejenis biji benih dari tumbuhan gurun dalam bahasa saintifiknya , Salvia Hispanica. Tumbuhan ini secara asalnya tumbuh di Mexico sejak zaman Mayan dan Aztec.

Apako pulak Mayan dan Aztec ni. Cer citer.

Suku Maya merupakan salah satu suku asli di Amerika dan merupakan peradaban tua yang ada di Amerika. Suku Maya sendiri terletak di Mexico Selatan dan Amerika Tengah. Wilayah Kerajaan Maya meliputi Semenanjung Yukatan (Mexico), Hounduras, dan Guatemala. Pusat peradabannya di Semenanjung Yukatan.
Suku Aztec, sama seperti suku Maya. Suku Aztec merupakan salah satu suku dan peradaban tertua di Amerika khususnya di Mexico.(Kredit : https://nsyifaaghnia.wordpress.com/2015/06/18/peradaban-dan-keruntuhan-suku-maya-dan-aztec/)
 
Perwira Aztec ni kisahnya makan Chia Seed untuk tenaga dan ketahanan. "Chia" bermaksud kekuatan dalam bahasa pasar depa, dan menurut kisahnya, 1 sudu besar Chia sudah cukup untuk memberi ketahanan dan tenaga kepada mereka ketika larian panjang, berburu dan juga ketika peperangan. * Satu sudu, satu sudu, tiga pinggan jugak habis..Labuu labu...*
 
Logik la kan, sebab Chia Seed ni mengandungi Omega -3 Fatty Acid, karbohidrat, protein, fiber, antioksidan ,kalsium dan mineral lain. Gila banyak khasiat dalam satu biji benih! Ko biau benau..
 
Iya...
 
2 Sudu Besar (11g) Chia Seed mengandungi :)
  • Protein (4.4g )
  • Omega-3 fatty acids (4915 mg)
  • Omega-6 fatty acids (1620 mg)
  • Calcium (77 mg )
  • Copper (0.1 mg )
  • Phosphorus (265 mg )
  • Potassium (44.8 mg )
  • Zinc (1.0 mg)

  • Rasa Chia Seed ni takde perasaan langsung. Kalau ada pun mungkin ada rasa rangup rangup kalau kunyah. Biasanya kita taburkan saja atas cereal, buah-buahan, makanan , masuk dalam yogurt, kalau tahap malas macam ahkak ni, masuk lam air je. Air masak or air manis, hantam sajalah..Akak suka air sirap Chia Seed. Yumsss..




    Apa kelebihan Chia Seed ini?

    Chia Seed ada banyak kelebihannya. Antaranya dari segi :

    1. Kulit dan Penuaan 

    Kandungan antioksidan mempercepatkan pembaikan sel sel kulit, jadi penuaan dapat diperlahankan.
    Antioksidan merupakan molekul yang mampu memperlambat atau mencegah proses oksidasi molekul lain.

    Oksidasi adalah reaksi kimia yang dapat menghasilkan radikal bebas, yang boleh mempercepatkan kerosakan merosak sel badan. Antioksidan ni boleh menghalang penghasilan radikal bebas itu. So, baik ke tak baik gitcew? Kulit pun lebih berseri chu ols...

    2. Dua sudu besar sahaja (11g) Chia Seed sudah ada Omega-3 fatty acids bersamaan 113g ikan salmon.
     
    Makan salmon tak lalu, makan chia seed..Sikit je plak tu...

    3. Chia seeds ada fiber.

    Dua sudu besar chia seed mengandungi 10g fiber. Lebih kurang 30% cadangan pengambilan harian. Fiber bagus kan untuk kesihatan...

    Untuk yang ada masalah sembelits , minum air letak chia seed ni, zasss , memang akan katakan hai ke toilet dengan senyuman. PAstikan minum air bebanyak ya.

    4. Tinggi kandungan protein dan kalsium.

    Hangpa semua tak suka susu tapi perlukan kalsium? Telan je Chia Seed dengan minuman atau makanan. Chia seed mengandungi 5 x lebih kalsium berbanding 28g susu.

    5. Macamana dengan kuruskan badan?

    Ini bukan ubat kurus ya..Kalau makan tak hengat macamana nak kurus. Chia seed ni membantu lah, sebab kandungan khasiatnya dalam serving yang kecil. Kemdian, kesan akibat mengembangnya chia seed ni buat kita rasa kenyang dan ada energy seharian walau tak makan sangat...Itu je...

    Siapa yang tak boleh makan Chia Seed ni?Ada side effect tak?

    Ingat ya, tak semua orang boleh makan Chia Seed ini dengan sewenang - wenangnya. Kalau dengar khasiat, semua berebut nak, kan?
    Yang penting kita try sikit dulu, kalau takde effect pada kita, boleh teruskan lagi. Eat with caution gitu.

    1. Untuk yang ada sakit buah pinggang, kena hati hati dan kurangkan memakannya sebab kandungan mineral yang tinggi dikatakan boleh mengganggu fungsi buah pinggang.

    2. Reaksi /Allergi . Ada dikhabarkan mereka yang mengambilnya merasa pening , muntah, selepas pengambilan. Perhatikan diri sendiri. Kalau tak sesuai, jangan teruskan. Ada juga individu yang alah kepada kekacang, tidak boleh mengambil Chia Seed ni.

    3. Secara amnya, kalau ada masalah kesihatan, adalah lebih baik untuk mendapatkan konsultasi doctor tentang pemakanan anda.




    Gigih hangpa baca sampai habis no..So, sebagai penutup, siapa yang berhajat nak mendapatkan Chia Seed ini..Marilah beramai-ramai mewatsap ke :

    013-2152575 : Eli - Agen Aryza Chia Seed Cawangan Subang Bestari

    Di ulangi :

    013-2152575 : Eli- Agen Aryza Chia Seed Cawangan Subang Bestari